Lagi seminggu A’qila akan genap 6 bulan.. Sekejap je masa berlalu kan? So, check up untuk A’qila dipercepatkan seminggu sebab weekend ni aku dah start kursus induksi dah… Berat A’qila naik macam biasa 500gram sahaja. So, sekarang berat dia 7.28 kg. Nurse kata bagus sebab graf berat A’qila naik cantik je. Siap dia kata A’qila semangat. Dia suka sangat tengok. Dia geram sangat.. Loorrr…
Kalau dia tengok anak Nazs, si comel tembam Zara tuuuuu mesti dia laaaaaaaaaagggii geram kan? Sebab Zara jauuuhh lebih tembam dari A’qila.. 
A’qila tidur masa ke klinik. Tapi bila terdengar baby lain menangis terus dia terjaga. Tersenyum dan memandang di setiap pelusuk klinik. Masa berbogel untuk timbang berat bukan main dia suka lagi. Shejuuukkk aje.. Huhu..
So, aku nak catit apa yang A’qila suka dan pandai buat masa dia nak masuk 6 bulan ni :-
1. Dia dah boleh duduk sikit2. Kalau lepas dia takde lah tergolek sangat. Cuma tertonggek aje montot dia untuk seimbangkan badan..
2. Dia dah lasak sangat dah. Kalau kita pangku dia, dia cepat bosan kalau takde toys. Mesti nak lepaskan badan untuk turun ke lantai. Melentik2 badan dia nak turun. Penat jugak nak dirikan dia atas lantai. Mama suruh belikan walker tapi aku kurenglah dengan walker2 ni semua..
3. Dia dah start makan bubur campur ikan bilis, sayur, carrots, ayam dan ikan dua kali sehari. Kadang2 dia makan banyak, kadang2 sikit.
4. Waktu tidur dia dah berubah. Kalau sebelum ni pukul 7 lebih dia dah nak tidur dah. Tapi sekarang paling awal pun jam 9 malam baru dia masuk tidur. Akan bangun untuk menetek pada jam 5 pagi dan tertidur kembali. Masa aku mandi untuk ke ofis, dia akan terjaga dengan sendirinya sekitar jam 6.30 pagi.
5. Sangat obsess dengan cermin. Kalau tengah merengek menangis pun, kalau diletak depan cermin dia mesti tertawa. Lebih2 kalau kena agah. Sakanlah dia tertawa sampai tersendu2.
6. Sangat suka mandi. Dia akan kocak2kan tangan dan kaki untuk main air. Kalau dibukakan paip air, dia akan hulurkan tangan. Walaupun air banyak terpercik ke muka, dia tak rasa rimas pun. Suka sangat main air.
7. Sudah pantas mencapai sesuatu yang dia suka. Dia suka sangat explore apa sahaja depan mata dia. Bosan dengan toys yang sedia ada, dia akan capai apa yang boleh dia capai. Aku selalunya akan letak remote aircond kat sebelah bantal waktu tidur malam. Bila dia terbangun je dia mesti nak capai remote air cond tu then switch off air cond tu sendiri.. Boleh?! HP aku jangan cakaplah.. Dia capai mesti dia goncang2kan HP tu sebab HP aku ada loceng. Kalau tengah syok menetek, tangan dia mesti akan merayau2 mencari apa yang boleh dicapai. Hidung aku ke, mulut aku ke.. Pernah sekali tu, dia tercapai tek aku yang sebelah lagi, terus dia gentel2 then tarik!!! Boleh? Nak terputus tek aku nyah!
8. Aku suka brush rambut A’qila.. Dia suka sangat.. Stiiiiimmm je mata dia bila aku brushkan rambut dia.. Hehehehe..
9. Suka sangat mendengar azan. Maklumlah dia lahir di waktu maghrib dan itulah benda pertama yang dia dengar dari mulut daddynya sewaktu daddynya qamat dan azankan qalimah itu di telinga A’qila. Kalau dia mendengar azan di TV bila waktu maghrib, kalau tengah tidur pun dia akan terjaga lalu merenung TV sampailah azan habis.. Rindu daddy ye sayang??
10. Bila didirikan A’qila sangat suka.. Dia boleh terkinja2 macam menari bila didengarkan muzik yang agak rancak.. Terkedek2 dia goyangkan montot (kedepan dan kebelakang) dan mengangkat kaki. Bila disuruh bertatih, dia akan melangkah kebelakang.. Aik.. A’qila berjalan mengundur le pulak.. hihihihi..
11. A’qila juga dah pandai mengeluarkan bunyi2 yang sangat jelas didengar seperti ayaaa, dadaa, alaa, ayee dan macam2 lagi.. Anak mummy ni dah pandai nak bercakap ye? Bila nak pandai sebut mummy ni???
Itu saja buat masa ni.. Semoga catatan ini tak akan hilang kerana ini semua penting buat aku dan suam juga A’qila… 