Pergghh! Jiwang tak hingat punya tajuk! Buweeekkk..
Hehehehe.. Saje je tetiba nak tulis pasal Bi pulak.. Asyik cerita pasal anak je, apa kata cerita pasal bapaknye pulak.. Ok tak?
Muhamad Zaki?? Meh kasi up sikit gambau dia.. Gambau dia dengan aku masa mula2 kami terjatuh cinta dulu.. Masa ni umur kami 17 tahun.. Masih muda remaja lagi.. Cara dia ngurat aku?? Ahem ahem.. Lain entry aku cerita ye…

Amacam?? Kurus kaaaaaaaaaaaannn?? Masa ni aku panggil dia Zaki lagi.. Masih I You I You gitu.. Biasalah, konon western!! Kahkahkah.. Tapi lepasje SPM, dia dpt tawaran masuk GMI kat KL.. So, kami terpisahle gitu.. Aku di Melaka, amik form 6 dan dia kat KL amik Diploma dia kat sane.. Lepas tu surat je pengganti diri even dia mmg balik Melaka everyweek gitu..
Surat dia?? Jangan tatau jiwang gila okay.. Masa tulah dia suruh tukar panggilan kami.. Dia suruh aku panggil dia Bi dan dia nak panggil aku Darling a.k.a Ling.. Bi stands for what?? Hahahaha.. Baby lah.. Masa tu aku gelak sakan korang tau tak.. Geli lah! Tapi, cinta punya pasal.. Belasah jelah..
So, dah hampir 13 tahun aku panggil Bi dengan gelaran tu.. So, jangan ingat aku tiru Ifa Raziah panggil laki dia dalam cerita Seputih Qaseh Ramadhan ke hape ntah tajuk cerita yg Eja pakai bulu mata palsu tu.. Pleaseeelah.. Hahaha..
So, sayang punya pasal.. Aku belajar gila babi punye rajin untuk lulus cemerlang dalam STPM untuk masuk Universiti di KL supaya dapat bersama dengan Bi.. Berkat usaha aku, aku dapat Anugerah Pelajar Melayu Terbaik untuk STPM tahun tu kat sekolah aku, Malacca High School.. Huhuhu.. Banggaaaaaaaaaaa… Tu semua berkat Bi yang ‘menjaga’ aku dengan 1st class masa nak amik STPM.. Siap belikan buah-buahan dan susu untuk aku makan dan minum ketika aku belajar malam okay? Romans tak? Hehehe..
So, bila aku dapat masuk UKM, dah tentulah kami dapat jumpa selalu.. Dia kat Cheras je, tak jauh..
Errr.. Bukanke tajuk entry ni kenapa aku sayang dan cintakan lelaki ni? Ngehehehe.. Well…… Kenapa ye??
Actually, kami pernah break selama 2 tahun iaitu pada tahun 2002 hingga 2004.. Masa tahun 2001 hingga 2002 tu aku dah jarang sangat jumpa dia masa aku final year di UKM.. Banyak sangat benda yang jadi. Nanti aku cerita kat lain entry lah ye?

Haaa.. Nilah hari kitaorg declare balik.. 28 Mei 2004.. Dia nak ngurat aku balik, konon masak untuk aku lah.. Ngehehehehehe.. Aku mmg cair kalau lelaki sanggup masakkan utk aku.. Auuuwww…

Tengok.. Siap bercili mulut dia.. Dia masakkan ayam masak merah dgn sayur kacang yang pendek tu.. Kacang peas ek??
So, bila kami sambung semula relationship kami ni, kami makin menghargai diri masing2 dan terus ambil keputusan untuk bertunang pada 2006 dan berkahwin pada 2007.. Aku memilih dia sebab Muhamad Zaki is my everything..
Segalanya untuk aku.. Dia bukan saja kekasih dan suami kepada aku, dia juga adalah sahabat baik aku.. Aku boleh lakukan apa sahaja dengan dia termasuklah ponteng puasa.. Kepala kami sama walaupun selalu argue benda2 yang remeh temeh..
Yang penting, dia boleh diharap.. Family man dan mempunyai hubungan kekeluargaan yang amat kuat.. Itu yang aku suka.. Dia boleh memasak, membasuh baju, menjaga anak dan pada masa yang sama boleh jadi orang yang paling romantik untuk aku..
Aku pernah berhenti menyintai dan menyayangi dia suatu ketika dulu.. Ketika sebelum kami bertunang.. Sewaktu dia mula2 bekerja dengan MISC dan kami sangat lama tidak berjumpa.. Aku yang sering rasa sunyi pernah menyukai orang lain dan mula melupai dia.. Apa yang aku kagumi, bila dia dapat tahu hal itu, dia tidak pernah marah.. Dia berusaha kembali memenangi semula hati aku dan kembali membuat aku menyintai dia semula.. Maksud aku, lebih menyintai dia.. Kesilapan bodoh yang aku pernah buat dan aku tidak akan sama sekali mengulanginya.. Sampailah kami berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel.. Dan cinta aku kepada dia semakin kuat selepas itu..
Haaaaa… Gila jiwang ayat aku.. Geli tak?
To be continued..