39 Weeks 6 Days
Ngehehehe… Bosan pulak kat office ni bila takde kerja.. Aku cuti semalam.. So, inilah kerja aku kat rumah bila dah duduk dalam bilik dan bila camera ada depan mata.. Huhuhu.. Aku habiskan masa bosan dengan mengambil gambar sendiri dan selebihnya menyuruh Bi mengambil gambar aku.. Gedik kan?
Haaa… Tudia.. 1st time aku publish gambar perut terdedah ni you.. Tgklah kebuncitannya terserlah dengan stretchmark bersepah2.. Dah puas sapu olive oil sejak mula2 pregnant dulu, tapi stretchmark tetap datang.. Perut aku dah tegang sangat.. Semalam baby bukan main happy bila aku duduk rumah dan spent masa gosok2 perut dan bercakap dengan dia.. Bukan main happy dia bagi tindak balas.. Rasa nak terkoyak perut aku bila dia gerak-gerakkan kaki dengan aktif sekali.. Perut aku terbonjol2 sana sini berjam2 lamanya.. Tak penat agaknye anak aku ni.. Aku panik jugak, bila perut terbonjol, rasa nak terkoyak wooooo.. Adoi.. SIap dia.. Dia keluar nanti aku geget2 kaki dia…
Ni pulak malam tadi.. Actually ni kat rumah Bi.. Kat rumah Bi aku memang gantungkan gambar kucing kesayangan aku ni.. Kalau rindu, inilah pengubatnya.. Mama call semalam cerita pasal kucing aku ni.. Dia kata, Baby (kucing aku nilah) tidur dalam baby cot anak aku kat dalam bilik.. Aduusshhh… Dia ni memang pantang nampak benda baru.. Mesti nak try test tidur.. So, mama keluarkanlah dia kan.. Takut nanti habis berbulu2 baby coat anak aku.. Dahle dah siap pasang bedding set dan kelambu semua.. Tapi korang tahu apa Baby buat? Dia mengamuk satu rumah sebab Mama kacau dia tidur.. Habis Mama dan adik aku dia gigit2 dengan penuh perasaan.. Dia ni kalau gigit marah tu lain wooo…. Silap2 berdarah kaki.. Maklumlah, gigi dia penuh gitu.. Tak macam Dezzel kucing Bi… RONGAK!!! Huhuhu.. Terus Baby keluar rumah tak balik2.. Merajuk agaknye.. Huhu..
Dan lepas tu, aku teruskan aktiviti bergambar.. Aku pakai topi koboi Bi.. Tapi pistol takde.. So pedang pun jadilah.. Pedang ni Bi beli kat China aku rasa.. Poyo tak bergambar macam ni.. Ngeeeeeee… Actually pedang ni Bi beli satu set.. Ada yang pendek, ada yang panjang.. Biasalah suami aku ni.. Dia kalau sign on tanker, kalau singgah mana2 tempat, macam2 benda pelik dia beli termasukle pedang ni.. Aku pun tak tahu dia nak buat apa dengan pedang ni.. Katanya, nak gantung kat dinding bila dah ada rumah sendiri nanti.. Tapi aku kata jangan harap! Dia ingat rumah zaman dulu kala agaknye nak gantung keris segala.. Nanti kalau bergaduh ke bersilat, capai je pedang yang gantung kat dinding untuk buat senjata.. Tak gitu? Hahaha..
Ada macam koboi tak? Hahahahaha.. Aku pun tatau kenapa aku pakai topi ni malam tadi.. Saje je buang tebiat.. Aku harap sangat sehari dua ni dah dapat upload gambar baby aku kat sini… Bilalah agaknye baby nak keluar ni?? Tak sabar sangat dah ni… Kang Mummy push kang…… Haaaa.. Cepatlah keluar baby sayang ooooiii.. Baby cot dah sedia dah.. Stroller pun dah siap dah nak bawak baby jalan2.. Nanti Baby kucing naik kang baru Baby tau… Huhuhuhu..
Posted in Babble2 aja | 14 Comments »




