April 29th, 2008 by Marsha
Yay! Last weekend aku berjaya settlekan to-do-list aku yang nombor (ii) dan (iv) dengan jayanya.. Ihiks.. Cuma bottle warmer aje belum jumpa lagi.. Kecoh betul.. Bukan susah pun nak cari bottle warmer, tapi nak cari yang sesuai dengan wide neck bottle dan yang tak cepat kotor susah betul.. Memang aku cerewet.. 
Semalam Bi takde kat rumah. Dia ada short course kat ALAM so dia kena tidur sana.. So, cousin aku tolong pasangkan baby cot untuk baby kami.. Anak dia, iaitu anak buah aku yang perempuan tu, yang dalam gambar ni, over excited pulak nak jaga baby aku bila lahir nanti.. Dia kata, cantiknya katil baby ni.. Nanti kite nak jaga baby cik Ana lah.. (Gelaran cik Ana untuk aku lah tu)..

Tapi baby cot itu terpaksa disembunyikan dulu.. Takut kucing aku, Baby yang dalam gambar ni, naik dan tidur kat dalam baby cot tu.. Dia ni pantang sikit nampak benda baru.. Mesti akan nak tidur kat dalam tu.. Cet!

Dan sekarang kena kemas bilik pulak.. Bersepah!! Dahle bilik aku tu sempit.. Ditambah dengan barang2 baby dan baby cot segala tu, nampak tambah sempitlah.. Huhu.. Rasa nak pindah rumah baru le pulak.. Ngada je kan?
Ohya, last weekend aku dan Bi gi wedding Fyruz kat Selayang.. Nasib baik buat kat dewan.. Kalau kat rumah, aku rasa aku prefer Bi pergi sorang lah kot.. Tak sangguplah nak berpanas.. Huhu.. Ini gambar kami spjg kat wedding tu.. Tinggi kan wife Fyruz.. Bi kata sebab heels, tapi aku rasa, dia mmg tinggi…. pergh! Bongga bak kata Wynn..


Sebelum balik Melaka, kami singgah di IKEA sekejap untuk last kopek shopping.. IKEA yang sikit punya besar tu tak beri sebarang masalah untuk aku.. Kalau ajak aku jalan situ sepanjang hari pun aku tak kisah.. Tak rasa penat langsung! Huhu.. Lepas tu sempat lagi ke KLCC dan singgah jap Putrajaya untuk jumpa Akak.. Sikit pun tak rasa penat.. Macam tak percaya aku ni sedang pregnant 37 minggu iaitu 9 bulan 1 minggu!!!! Sampai Melaka sempat lagi singgah JJ untuk cari barang untuk Mak.. Pergggh.. Shopping punye pasal kan? Sihat walafiat je aku.. Huhu.. Tapi bila nak buat keje kat office, rasa lemah badan dan malas pun tiba.. Rasa nak tidur aje.. Ngueheheh.. Hampehs..
Tapi orang kata, banyak berjalan bagus.. Nanti senang nak bersalin.. Tapi aku taknakle terbersalin awal pulak.. Biarlah cukup2 time dan baby lahir tepat pada due date iaitu 18 May nanti.. Banyak lagi aku perlu settlekan sebelum bercuti panjang termasuklah kerja2 kat office ni serta kerja2 peribadi.. Takut nanti kalau terlalu aktif, terbersalin awal pulak.. Susah nanti.. Tapi kadang2 bila terasa sakit perut nak buang air besar pun aku dah panik.. Bila baby keras sikit dalam perut pun aku panik sebab takut itu tanda2 nak bersalin.. Yelah kan, aku manalah tahu sakit contraction tu macam mana kan? Haruslah panik bila terasa sakit even sakit sikit aje kat bahagian perut ni.. Tapi aku selalu main2kan Bi.. Aku buat2 sakit sebab saje nak bagi dia panik.. Tapi haram hampehs.. Dia langsung tak panik pun! Relax ajeeeeee.. Bila aku cakap takut sakit bersalin, senang aje dia jawap.. Tak sakit sangatlah.. Sakit sikit aje.. (Macamlah dia pernah bersalin!!) 
Tanda2?? Takde lah pulak.. Kaki tak bengkak pun.. Kurus kering aje kaki aku ni.. Jari bengkak sikit kot sebab wedding ring semua dah tak muat nak pakai.. Tak rasa macam pregnant 9 bulan pun.. Segalanya masih normal seperti biasa.. Tak caya tgk gambar ni..


Comel kan? Nguehehehehe… Wakakakakakaka…
Posted in Babble2 aja | 7 Comments »
April 23rd, 2008 by Marsha

Apa yang perlu aku buat sekarang?
(i) Berhenti beli pakaian baby
Adoi…. Dah banyak sangat beli baju2 baby.. Bi dan Mama terbeliak tengok harga baju2 baby yang aku beli sendiri ketika aku shopping di Parkson yang baru buka last few weeks during lunch hour (terutama hari Jumaat)
Entahla, aku ni kalau dah shopping tu aku memang tak pernah nak fikir mahal atau murah.. Tahu2 aje aku dah bayar then sampai rumah baru aku perasan mahal2 jugak baju baby yang aku beli sedangkan aku TAHU, baby cepat membesar.. Rugi beli pakaian mahal atau banyak sangat.. Tapi nak buat macam mana.. I am so excited beli baju2 baby girl sebab semua cute-cute! Huhuhu.. (Actually ada lagi beberapa helai yang Bi dan Mama tak tengok lagi.. Malas nak dengar diorg bising… Hehehehehe..)
So, aku kena stop shopping pakaian baby yang mahal2 mulai sekarang.. Lepas ni aku just akan beli baju tidur untuk baby yang murah2 dan nipis2 khas untuk tidur dan duduk rumah aje.. Kali ni takmoh lagi beli yang branded2 dan mahal2 lagi.. Cukuplah beli yang biasa2 janji selesa untuk buat tidur.. Cuma perlu beli sehelai dua aje lagi.. (Dah janji dengan Bi.. ) Ngeeeee…
(ii) Get ready semua persiapan bersalin dan letak dalam kereta
Semalam kena marah dengan Mama sebab tertinggal ‘buku pink’ kat rumah.. Mama suruh bawa kemana aku pergi sebab kalau tiba2 sakit boleh terus ke hospital, tak perlu nak balik rumah lagi.. Tapi aku ni selalu ambil sambil lewa pasal persiapan penting ni.. Memang aku dah pack barang2 baby dan aku untuk keperluan di hospital tapi belum pack sepenuhnya.. Huhu.. Biasalah, malas nak packing lah.. Balik rumah je fikir nak tidur aje.. Huhu.. Nak iron baju untuk kerja pun malas.. Bi selalu cakap kat anak dia dalam perut jangan ikut perangai Mummy.. Cet!
(iii) Sediakan kerja-kerja untuk ditinggalkan kepada staf yang akan ganti tempat aku
Nak dijadikan cerita, kerani aku juga cuti bersalin cuma dia bercuti awal sebulan daripada aku. Makanya, akan tiada pengganti yang faham selok belok akademik yang dapat menjalankan kerja aku bila aku bercuti nanti. So, aku terpaksa train kerani lain pasal hal ehwal akademik ni.. Banyak kerja jugakle.. Bos aku risau betul aku bersalin awal.. Takut tunggang langgang fakulti ni.. Hari ni aku baru pindah bilik baru. Penat belum pun hilang lagi, barang bersepah lagi ni.. Tengoklah.. Aku kena gak settle semua benda dalam 2 3 hari ni jugak.. Kalau tak, memang kelam kabut nanti..
(iv) Last kopek shopping untuk barang2 baby
This weekend aku dan Bi akan habiskan shopping untuk beli barang baby.. Actually takdelah banyak sangat yang belum beli.. Cuma baby cot dan beberapa benda kecil lain aje.. So, harap minggu ni dapat settle semua.. Entah larat entah tidak aku nak settlekan semua.. Harap2 aku sihat2 aje.. Tapi kalau bab shopping, aku sihat dan ok jers.. Hikhiks.. Pasni bila dah settle semua, boleh relax lah.. Ohya, kami dah dapat hadiah pertama barangan baby dari kawan lama Bi, Ajak yang kami jumpa last weekend.. Dia yang pakai baju putih dalam gambar tu dukung anak perempuan dia Asha.. Mekacih… Ngeee…
(v) Persediaan mental dan fizikal untuk sakit bersalin
Huhuhu.. Ni yang paling penting dan yang paling takut.. Setiap kali lalu depan hospital mesti rasa takut tu datang.. Tapi malas nak fikir sangat.. Kalau orang lain boleh kenapa aku tak boleh? Aku kan tabah dan kuat semangat.. Huhuhu.. Setiap hari aku berdoa dan bercakap dengan baby jangan sakit sangat bila nak bersalin nanti.. Juga sakit dijahit.. Harap koyak sikit je.. Huhuhu.. Amin…
*Doakan juga aku dan Bi cepat sembuh sebab kami berdua tengah demam dan batuk ni.. Hukhukhuk..
Posted in Babble2 aja | 6 Comments »
April 22nd, 2008 by Marsha
Aku baru decide nak letak nama Marissa untuk baby aku…
Tapi, tadi masa bertembung dengan juruteknik aku yang baru habis cuti bersalin, bila tanya apa nama anak dia, dia jawab Nurish Marissa Maisara..
Hek eleh… Potong stim betul!
Semua nama yang aku nak dah ada orang ambil..
Rania, Rasidan dah ambil untuk anak dia..
Marissa, Shikin pulak dah ambil untuk anak dia..
Aku dah takde idea dah.. Huhuhu…… Frust betul.. Kalau aku ambil jugak nama tu, tak syiok pulak..
Susah-susah sangat aku letak nama Shashayana Quey Quey Bianca Bobbyana Teteye nanti baru tahu..
Kompem takde orang tiru.. LOL
Posted in Babble2 aja | 13 Comments »
April 14th, 2008 by Marsha

Herm.. Bosan betul kat office hari ini.. Sepatutnya aku kena pindah bilik tapi belum kemas apa-apa lagi.. Malas betul lah.. Tak larat pun iya.. Tapi aku kena jugak pindah before deliver sebab tempat aku ni orang lain nak duduk.. Tapi, tak laratle nak angkat barang even bilik baru aku hanya 4-5 meter aje jaraknya.. Ngeeee…
Hari ini ada staf baru masuk menggantikan Kak Murni yang kena reshuffle ke Pejabat Pendaftar. Alkisahnya Kak Murni belum lagi kosongkan biliknya. Harini dia EL pulak.. Boleh?! So, staf baru tu terpaksa duduk di meja Moon, kerani aku yang cuti bersalin.. Terpaksa gak aku beramah mesra dengan dia yang pakai make up tebal 1 inchi.. Huhu.. Lama aku tak pakai make up tebal2 macam tu.. Mata aku asyik jeling kat mascara dia yang bergumpal2 kat bulu mata.. Rimas pulak.. Pakaile mascara mahal sikit dek non.. Akak rasa macam nak tarik je gumpalan mascara kau tuh! Huhuhu..
Semalam aku mimpi, anak aku dah lahir… Comel sangat.. Baru 2 hari lahir berat dah naik 7 kilo.. Boleh???! Aku bagi susu sikit tapi dia tak puas minum.. Huhu.. Semua saudara mara pelik bila aku jaga baby aku.. Kasi tidur dalam bakul comel macam bakul kucing.. Comel sangat dengan selimut segala.. Hahahaha..
Mama pulak dah start sibuk cari nama untuk anak aku.. Macam2 nama dia suggest tapi semuanya aku tak berkenan..
Takut pulak orang tua tu kecil hati tapi nak buat macam mana.. Aku ada jugak nama pilihan sendiri.. Moon punya anak tak salah aku namanya Halisa Nadia.. Tak tahu apa maknanya..
Hari ni aku drive ke office sendiri. Bi tak dapat hantar sebab ada short course kat ALAM..
So, petang ni aku akan ke weekly check up sendiri.. Entah berapa berat aku akan naik minggu ni.. So far, last 2 weeks dah naik 14 kg sepanjang aku pregnant.. Ukur lilit perut dah 41.5 inchi.. Sekarang aku susah sangat nak bangun bila duduk.. Sembahyang pun dah start kena sembahyang duduk.. Rasa berat sangat perut ni.. Cincin kat jari dah tak muat lagi.. Jam tangan pun dah ketat sikit.. Kasut pun dah ketat even kaki aku tak nampak kembang pun.. Huhuhu.. Bi pulak ada ajak aku ke Ikea next week tapi aku mintak dia sorong aku guna wheelchair nenek bila nak jalan2 dalam Ikea nanti.. Ngeheheheheh.. Ikea tu sikit punya besar, aku tak larat nak jalan dah.. Tapi Bi jawap sambil ketawa ”Paler otak Ling!” Boleh?! Huhuhu… Cool apa, naik wheelchair.. Bukan selalu nak manja2.. Ye tak? :P
Tapi, nanti nenek mesti pelik apa aku nak buat dengan wheelchair dia.. Nguhuhu..
Aku ni memang kaki berjalan, terutama kalau pergi shopping..
Tapi bila dah jalan lama2 tu nanti rasa ngilu sangat kat popot.. Confirm terus jalan kengkang.. Terpaksa jalan sambil tampung perut pakai tangan. Konon dari segi psikologi, keberatan perut akan dapat dikurangkanlah.. Hahaha.. Takde maknanya..
Satu saja yang best sekarang, aku still dapat tidur lena dan tak lagi kena cramp kaki even tidur dalam kesejukkan air cond.. Orang kata, dah minggu2 terakhir ni dah tak boleh tidur lena lagi.. Tapi aku pulak boleh tidur dengan lena sekali.. Maybe aku kerap minum susu untuk elak kekurangan kalsium kot.. Ataupun sememangnya aku seorang wanita hamil yang tak banyak karenah.. (iyeke?) Huhu lagi..
Oklah.. Nak google pasal Black 14………. Rindu pulak zaman rebellious dulu2 kala.. 
Posted in Babble2 aja | 9 Comments »
April 7th, 2008 by Marsha
Apa aku nak cerita ek? Last weekend… Hermm.. Last weekend agak sibuk jugakle.. Macam yang aku cakap, Bi ni kalau balik Malaysia banyak tempat kena punchcard.. Maklumlah.. 6 bulan hidup kat laut.. So, Jumaat lepas, lepas aku habis kerja, Bi terus ambil aku kat office then terus gerak ke rumah akak dia kat Putrajaya.. Alkisahnya, akak dah pindah kat precint 9, so kelam kabuts jugakle nak mencari rumahnye.. Yang lawaknye, kami boleh siap salah apartment.. Dah parking dan dah siap angkat barang2 dah.. Sekali salah apartment rupanya.. Nak marah pun tak boleh daaaa…. Yang bagi dan yang dengar direction maybe dua-dua tgh stone kot! 
Sampai2 aje anak2 buah Bi melekaaaaaaaaaaaaat aje dengan dia.. Takpe, Auntie bagi can korang memanja ngan Uncle Bob.. Janji jangan ajak tidur sama dah.. Nanti takde sape nak urut Auntie.. Huhu..
Ohya, bawak camera ke hulur ke hilir tapi lupa nak amik gambar.. Ceh..
Esoknya pulak lepas masak2 dan makan2, terus kami gerak ke Subang pulak.. Rumah adik bongsu Mak (Bi).. Dah sebulan Atok ngan Nenek kat rumah diorg.. So, gi lah menjenguk mereka berdua.. Hilang remdu dendam atok nenek kat Bi…
Ahad pulak sebelum gerak balik ke Melaka, kami singgah jap kat Pandan Perdana.. Ingatkan nak beli katil baby kat Babylove, sekali kedai tu tutup lah pulak.. Hari ahad memang tutup kot.. Frust betul aku.. Takpe, Bi kata nanti datang lagi next week ke.. Next 2 weeks ke.. Huhuhu.. Actually aku dah mimpi dah malam tadi yang kedai ni tutup on Sunday.. Wellllll.. Mak memang ada kuasa mimpi yang ajaib.. ;P Dah frust tu, aku ajak Bi pergi Queens’ Park aje.. Selesai beli barang baby sikit, terus balik ke Melaka dalam keadaan hujan yang maha lebat.. Takut aku.. Bunyik guruh kuat sangat..
Sampai aje Melaka, makan2, tengok TV dan terus tidur.. Aku penat sangat macam aku pulak yang drive.. Mak kata jangan jalan jauh2 lagi kalau dah tak larat.. Sebenarnya, aku ni larat jerrrss.. Terutama bab shopping, tapi cuma tak larat bila kena duduk lama2 dalam kereta.. Kiri kanan aku letak bantal, bila nak keluar kereta Bi terpaksa tolong tarik dari luar.. Nak masuk kereta pulak kena letak bontot pelan2.. Pergghhh! Macam OKU!!
Takpe, sabar… 6 minggu je lagi.. Lepas ni aku dah boleh merempit kembali.. Huhu..
Haaaa… Ni gambar latest Bi yang si Eina nak tgk sangat tu.. Terpaksa backdated sikit sebab haritu takbleh upload gambar kat sini…
Ni pulak gambar latest aku masa 33 weeks last week.. Gambar ni aje yg ada.. Sekarang malas nak ambil gambar lah sebab badan dah berat.. Nak gerak dan nak bukak bag camera pun malas..
Takpe, sabar… Lagi 6 minggu lagi aku dah boleh gerak macam lipas kudung.. Huhuhu…
Posted in Babble2 aja | 6 Comments »
April 1st, 2008 by Marsha
Huhu.. Perut aku meragam hari ni.. Rasa macam nak balik aje, nak mintak MC tapi Bi pulak kat ALAM.. Pagi tadi dia hantar aku, terus dia ke ALAM settlekan short course dia.. So aku mmg takde transport nak balik kecuali kena tunggu Bi ambil aku petang nanti..
Huhuhu… Semuanya gara-gara mayonis yang dah expired tu..
Semalam masa balik kerja aku suruh Bi singgah beli roti john.. Roti john tu area taman perumahan rumah Bi aje.. Memang sedap cuma tinggal lagi, tak letak mayonis lah.. So kami pun balik rumah bukak fridge dan ambil mayonis lalu sapukan ke roti john dengan best sekali.. Masa makan, aku dah rasa semacam dah.. Rasa mayonis tu pelik.. Aku bagitau Bi tapi Bi kata “Sedap jers..” Tak terfikir pulak aku nak tengok tarikh luput kat botol mayonis tu…
Alkisahnya lepas perut dah kenyang tu baru Mak perasan yang mayonis tu dah expired sejak bulan Januari aritu.. Perggghhh!
Malam, Bi yang start sakit perut dulu… Tapi aku pagi ni baru rasa semacam.. Macam memulas-mulas dan senak sangat… Duduk tak kena diri pun tak kena.. Huhuhuhuhu… Kalau perut kempis ni, dah lama aku sapu minyak…….. Huwaaarrggghhhh! Tak selesanyaaaaaaa….
Esok aku check up.. Entah berapa lagi naik berat badan aku.. Mama kata perut aku dah besar sangat.. Dia suruh berhenti minum susu.. Boleh? Memanglah berat aku naik 14.5kg since pregnant.. Tapi aku tak nampak gemuk pun.. Haritu gynae check berat baby dalam perut ok jers.. Tak besar pun.. Ntah kat mana bahagian badan aku yang berat aku pun tak tahu.. Perut aku memangle nampak besar dan memang berat.. Rasa macam nak bukak perut ni dan letak kat tepi aje.. Huhuhu.. Cuma yang aku pasti cincin2 kat jari aku dah ketat sangat.. Rasa tak selesa dah.. Huhu.. Jari dah kembang..
Gambar terbaru?? Nanti aku letak ye? Belum transfer lagi dari camera.. Malas pun ada…
(Menguap)
Baby dalam perut tetap aktif walaupun dia dah sempit kat dalam ni.. Sekali dia bergerak, macam ala2 penyokong bola sepak buat ‘ombak’ kat dalam stadium.. Huhu.. Mengelembung perut aku… Rasa nak terkoyak pun ada sebab perut aku nipis.. Urat2 nampak kat sekeliling perut.. Kalau dia luruskan kaki, terbonjol kaki dia kat kanan perut.. Seposen ajek muka dia bile buat macam tu.. Aku pulak yang terjerit2 rasa macam perut nak koyak dah.. Sakit dan ngilu wooo perut aku… Susah nak explain.. Sesiapa yang dah pernah pregnant, dia tahulah..
(Menguap lagi)
Sekarang ni aku betul2 tak tahan panas.. Selalunya, aku tak boleh tidur dengan air cond terpasang lama sebab aku tak tahan sejuk.. Sekarang ni selamba aje tidur dgn air cond terpasang 24 hrs tanpa selimut.. Sampaikan Bi pulak yang tak tahan sejuk.. Hahaha.. Atau maybe cuaca memang panas sekarang ni..
Oklah.. Doakan sakit perut aku ni hilang ye?… Huhu
Posted in Babble2 aja | 14 Comments »