Kepulangan Duli Yang Dipertuan Lakiku
Huhu.. At last! Bi dah balik semalam. Aku tak dapat ambil dia kat airport memandangkan agak sibuk kat office menguruskan persiapan e-meeting hari ini.. (yang akhirnya meeting hari ini dibatalkan sebab black out selama 6 jam pagi tadi - ceeeh!!)
So, adik yang ambil Bi semalam kat airport.. Bi ada datang singgah office sekejap bawak dunkin donuts. Huh.. Terkejut gak tengok Bi dah kurus…..
Rasa macam tak biasa pulak sebab lama tak jumpa.. MALU.. Huhu..
Semalam balik kerja, Bi bising balik lambat… Dia hingat office ke rumah dekat??! Sampai aje rumah, aku ajak Bi pergi shopping maternity blouse kat Modernmum.. Hahaha.. Rabak poket Bi.. Thanx busyuk.. Ok, pasni tanak shopping baju lagi.. Cukuplah tu sampai deliver nanti.. Ngeee..
Lepas tu, kitaorg survey stroller.. Mak aih.. Harga bukan main ribu riban.. Siap sales assistant tu cakap ada di antara stroller yang diperbuat daripada besi kapal terbang.. Ringan.. Pergh! Buat ape? Bukan anak aku nak terbang.. Setakat nak bawak pergi shopping dan pergi zoo, tak perlulah diperbuat daripada besi kapal terbang.. Nanti terbang pulak kena tiup angin kencang! Hehehe.. Macam-macam.. Dulu masa kecik-kecik, aku takde pun stroller macam ni.. Baju pun brand Kiki Lala jers.. Budak2 zaman sekarang memang beruntung betul.. Dari hujung kaki sampai hujung rambut semuanya branded..
Aku tengok jugak baju baby.. Aku pilih warna pink, tapi Bi lebih suka warna biru dan corak belang2.. (boleh??!) Huhu.. Kami tak sehaluan dalam memilih baju baby rupanya.. Sekarang ni baru aku tahu….. Huhuhuhu.. Aku cakap dengan Bi, baby girl pakai baju pinklah cantik.. Biru untuk baby boy.. Dia kata, “Alaaaa.. Boleh jer..” (Sebab warna kegemaran dia adalah warna BIRU!! Boleh?) Dia ni sama dengan Mama.. Mama kata biru cantik, pink tak cantik… Aku rasa diaorg berdua ni nak sangat baby boy kooooooooooottttt.. Huh!!!! Biru tak cantiklaaaaaahhh! Buweeekkk… Aku beli dua helai seluar tidur warna pink untuk aku sendiri pun, Bi tanya kenapa tak ambil warna biru… Huwaaaaaarrrghhhh!
Lelaki memang membosankan bab2 shopping ni! Huhuhu.. Nasib baik aku dah banyak beli barang2 baby warna PINK sebelum Bi balik dulu… Hahahahahahaha……
Ohya, pagi tadi masa black out, aku keluar dengan Bi ke Hospital Pantai untuk jumpa dengan Gynae dan buat 3D scan.. Taaaaaaaapppii.. Anak aku pemalu pulak dengan Daddy dia.. Lepas Gynae tunjuk sex dia.. Dia terus tutup muka dengan tangan.. So, tak dapat nak print muka dia sebab tak nampak ape.. Cuma nampak hidung dengan bibir dia aje kumat kamit macam tengah mengomel/mengunyah.. Pemalu pulak.. Yelah, dah Gynae kasi tengok sex dia, tentulah dia malu.. Hihihi.. So, tak dapat nak capture muka dia.. Huhuhu.. Baby pemalu dengan Daddynya.. Malam tadi masa Bi borak2 ngan Baby, dia diam aje.. Tak biasa dengan suara Bi kot.. Bila aku borak dengan dia, pandai lak dia bagi tindak balas… Aku cakap dengan Bi, anak dia takut dengan dia.. Hahahaha..
Lagipun, Gynae cakap, baby dah penuh dalam perut.. Yelah dah 8 bulan.. So dah susah nak nampak sebab dah sempit dan pergerakan Baby terbatas.. Well…. Nak buat macam mana. Dah Daddynya balik lambat sangat!! Huh!!
So, dah kompem anak aku insyaAllah baby girl.. Sekarang kena fikir nama dia pulak.. Aku masih belum jumpa nama yang aku suka.. Kena carilah jugak sekarang kalau tak nanti tak bernama pulak anak aku..
Okay.. Nak sambung buat kerja.. ![]()
Posted in Babies | 12 Comments »

