Apabila baby dalam perut tendang aku sepenuh jiwa & raganya..
Hi semua! Arrghh! Aku betul2 sibuk lately ni.. Dengan kursus 4 days straight in a row, pemilihan student2 direct entry, dan kerja2 hakiki lain dekat office buat aku rasa nak terberanak aje.. Tensyen betul.. Yelah, aku bukannye merungut sebab banyak kerja.. But then yang buat aku tensyen pasal kerani aku yang satu tu.. Asyik emergency leave aje… Asyik MC aje.. End up aku jugak yang kena buat kerja sorang2.. Dengan meetingnya lagi.. Minit mesyuarat lagi.. Bahan untuk meeting lagi.. Aku pun pregnant gak.. Dia tu at least dah 2nd baby, tapi janganlah ambil kesempatan sangat.. Mentang2 kerja dgn government ni senang untuk cuti dan MC, dia selalu ambil kesempatan.. Haa.. Kalau korang nak tahu, dia tu contoh terbaik kakitangan kerajaan yang malas dan makan gaji buta! Seminggu sekali mesti MC atau EL.. PEMALAS! Orang lain pun ada laki! Orang lain pun ada anak! Damn! Kalau malas dan tanak kerja, berhenti aje! Orang lain ramai susah takde kerja.. Inilah tipikal melayu, yang kononnya kalau dah berkeluarga, mulalah produktiviti jatuh.. Malas dan sentiasa mengharapkan cuti serta gaji naik.. Untuk apa? Tukar kereta baru, beli rumah kos rendah ataupun buat personal loan! Well…. Tipikal Melayu Kerajaan!!!
Apa? Takkan dia aje kerani aku? Yes.. Memang aku ada satu je kerani.. So far, untuk jaga urusan akademik aku cuma ada satu sahaja kerani dan satu boss atas aku iaitu Ketua Penolong Pendaftar.. Means, kalau sorang takde, terbalik fakulti aku ni.. Esok meeting pemilihan students direct entry lepasan Diploma.. Tapi hari Jumaat lepas (jam 5.30ptg) baru bos aku bagitau nak kena buat short listed untuk report dalam meeting hari Selasa ni (esok).. Borang2 application ada beratus-ratus, maybe cecah ribuan.. Tadi, dari pagi sampai petang aku buat sorang-sorang.. Cari students lepasan Diploma yang CGPA power2 untuk di short listed lalu dimasukkan ke Tahun 2 bagi sesi pengambilan 2008/2009 Julai nanti.. Naik juling mata mak nyah! Last2.. Aku carik student paling handsome dan paling comel aje.. Nak tengok CGPA semuanya bagus2.. Sedangkan nak pakai berpuluh aje, tapi application beratus2.. Mak penaaattt.. Kalau kerani mengong tu ada, ringan sikit kerja mak.. Tapi…. Ahhhhh! Mencinyaaa.. Dan sampai pukul 6 ptg tadi, ada 10% lagi borang belum dilihat.. Sedangkan petang esok jam 2.30 ptg meeting memerlukan maklumat tu.. Lepas dah pilih aku kena short listed dalam excel pulak.. Herm.. Tak tahulah esok sempat ke tak.. Dan tak tahulah kerani gemok tu datang esok ke tak.. Lemak!!
Hermm…. Tapi itu tekanan tadi.. Sekarang lepas dah mandi, relax dan dah makan malam bersama mak abah.. Dan dapat surat serta gambar2 dari suami terbusuk ku.. Aku happy balik.. Dan aku baru selesai membaca surat khabar..
Macam biasa, berita paling hangat tentunya pilihanraya.. Sejak semalam lagi, ketika penamaan calon diumumkan.. Aku terdengar/terlihat beberapa nama kenalan2 aku disenaraikan sebagai calon untuk bertanding, melawan beberapa nama besar.. Hahaha.. Kenapa? Tak percaya? Takkan semuda itu mereka dah mampu bertanding, mahu menjadi wakil rakyat?? Entah.. Kalian tanyelah mereka sendiri.. Mereka semua tu kawan2 yang aku kenal semasa aku aktif di UBU dulu.. Tambahan lagi. masing2 sekarang memang dah ada kedudukan di Parti Keadilan Rakyat dan maybe mereka rasa, dah sampai masa untuk mereka bertanding, maka bertandinglah mereka..
Buat Jonah yang bertanding di Pekan, Pahang.. (Perghh.. Lawan Najib nyah..) Semoga tidak akan di bom hidup-hidup.. Huhuhuhu.. Jangan jadi Altantuya kedua sudah! Aku tanak nanti kawan2 bersedih macam mana sedihnye kami ketika kau ditahan bawah ISA dulu.. Buwekkk!
Buat Amir, yang bertanding di Batu Caves.. Semoga berjaya.. Aku tahu, kau memang ada tokoh untuk menjadi seorang YB sebab antara bebudak UBu yang kau kenal, kaulah yang paling jarang sekali mengenakan jeans pada apa2 acara sekalipun.. Nguehehe..
Buat Cekgu Bard, yang bertanding di Rembau melawan Khairy.. Ni pun satu.. Jago diri ekau tu baik2.. Khairy tu ha menantu kesayangan Pak Lah.. Kang tak pasal2 lunyai ekau dikhojekan si Khairy tu.. Makan lobih sikit! Huhu..
Tapi kan, bila kalian sudah bertanding pada Pilihanraya Umum ke 12 ni.. Satu aje yang aku rasa sekarang.. Aku rasa sedih sangat.. Rasa dah terlalu tua lah pulak.. Tak dapat aku bayangkan betapa tuanya aku sehinggakan ada di kalangan teman2 sepermainan aku di UBU dulu sudah mula bertanding di Pilihanraya Umum Malaysia! Ahh.. Tuanya mak.. Huhuhuhu.. Sedangkan mendaftar untuk mengundi pun belum lagi.. Hukhukhuk.. Sedihnyaaaa..
Heuheu.. Ini gambar Jonah dan Amir bersama aku yang aku jumpa tadi.. Kami dulu suka ambil gambar yang bukan2.. Dengan harapan, barang sesiapa antara kami yang bakal jadi YB, gambar2 itu akan disebarkan untuk tujuan tertentu kami.. Nguehehe.. Damn! Angan2 itu betul2 jadi kenyataan sekarang.. Haha!
Aduh.. Babyku mengeliat lagi.. Boleh rasa lutut atau kakinya terbonjol di perutku.. Keras dan mengelembung… Comel sangat! Hikhik..
Posted in Babble2 aja | 9 Comments »

