Tanya pada kakak Marsha.. :P
Aku dapat email dari salah seorang pembaca yang singgah ke salah satu photoblog aku dan bertanya ini ;
nak tanya..how difficult is it to have a long-distance/jarang jumpa relationship? i’m in one now, and it’s so susah especially kalau gaduh2..sometimes rasa mcm nak give up je, because jauh is one thing, lain nationality is another thing…mcmana ha? should i just try to keep it? possible ke relationship mcm ni ?
So, seharian aku berfikir.. Apa nak jawap ye? Hahahaha.. Terus aku teringat pada Ahmad Kamal, tuan punya Blog Semusim di Neraka yang sebelum berhenti menulis (lagi) pernah mewujudkan sesi Tanya Abang Neraka untuk para pembacanya yang punya masalah atau ape-ape lah..
So, untuk H.. Sebelum membalas email kamu, aku perlu fikir dalam-dalam dulu.. Fikir, kenapa kamu tanyakan soalan cepu emas ini sedangkan kamu sendiri tahu aku berjauhan dengan suamiku dan itu bukanlah perkara yang indah dan diimpikan oleh setiap isteri di dunia ini.. Siapa yang suka, berjauhan dengan suami dan setiap malam bercakap seorang diri sebelum tidur sambil merungut itu dan ini…… Siapa?
Dan come on lah.. Janganlah tanya aku how difficult it was.. Tak kan kau nak suruh aku describe penderitaan aku pada kau?
Macam ni lah.. Memandangkan dia pun warga asing, tinggal berjauhan, berjumpa sekali sekala tambah lagi hubungan yang kamu bina itu selalu menjadi tidak indah.. Lupakan sahaja dia dan cari sahaja yang ada di depan mata kamu. Jejaka2 Malaysia juga hot kamu tahu, cuma kamu yang tidak membuka mata dan memberi peluang kepada orang-orang yang ada di sekeliling kamu untuk menyayangi dan membahagiakan kamu. H, berpijaklah di bumi yang nyata kerana relationship kamu berdua tidak mungkin akan menjadi.. Percayalah.
H, Cinta bukanlah segala-galanya dalam hidup ini.. Banyak lagi yang boleh beri kebahagiaan dalam hidup kamu selain Cinta… Sedalam mana pun sayang dan cinta kamu padanya tidak akan pernah beerti apa-apa kalau dia tidak berusaha untuk membahagiakan kamu dan membuat sesuatu agar hubungan kamu jadi lebih terjamin.. Jika benar dia ikhlas, dia akan segera mencari jalan agar kamu dapat hidup bersama. Itupun jika dia ikhlas dengan hubungan itu..
Kalau tidak, lupakan saja dia….. Itu jalan terbaik.. Ingat, lelaki yang kita cintai sepenuh hati, tidak semestinya akan beri kebahagiaan kepada kita selamanya.. Selagi kita terikat dengan Qada’ dan Qadar, segalanya sudah tertulis dan setiap apa yang berlaku tetap ada hikmahnya.. Mungkin hari ini kita kesejukkan kerana hujan dan ribut tidak henti-henti melanda, tetapi siapa tahu, sebenarnya esok hari Tuhan telah menjanjikan pelangi untuk kita nikmati… (Alamak, poyonya aku.. huhu)
yang benar,
Cik Siti Wan Kembang.. huhu
Posted in Serius ni | 5 Comments »