Woah tajuk.. Kelassssss…
Aku tak bercakap pasal aku ye kawan2.. Husband aku walaupun player tapi tu dulu.. Sepanjang kami berkahwin ni, alhamdulillah belum ada lagi masalah orang ketiga.. 
Aku bercakap pasal Norman Hakim.
Walau apa pun alasan mamat tu dalam masalah rumah tangga dia, aku tetap salahkan dia. Kasihan Abby dan 3 anak-anak mereka yang masih kecil.
Huh! Jantan, kalau dah ada perempuan lain di hati mereka, susah! Sangat susah ye kawan2… Jalan terbaik, lepaskanlah mereka..
Bermadu? Kalau perangai tak seindah Rasulullah, tak payahle nak ikut jejak baginda untuk beristeri lebih dari satu. Beranganlah! Duit pun ciput. Barang2 dapur pun isteri yang beli, ada hati nak kahwin lebih dari satu! Eiiiiii.. Jantan tak sedar diri.. Huhuhu (Aku lak yg emo)
Aku cuma kasihan sangat dekat anak2 mereka. Kecikkkkkkkk sangat. Manalah faham semua ni kan? Dulu masa aku belum jadi Mummy, aku tak faham dan tak ambil peduli semua ni. Tapi sekrg ni, aku amat2 prihatin. Bukan kepada Abby mahupun Norman. Tapi kepada anak2 mereka yg masih kecil. Yang paling kecil baru sebulan setengah. Aduhai.. Kasihannya..
Harap Abby tabah dan teruskan hidup demi anak2nya. Jantan kalau dah ada perempuan lain dalam hatinya, dia takkan dapat berfikir tentang benda lain dah. Kalau cinta is on the air bak kata org jiwang karat tu kan, huhuhu.. Memang susah nak kembali ke pangkal jalan. Bak kata pepatah, anjing kalau dah biasa makan najis, tak dapat makan bau pun jadilah.. Hurm..
Benci aku melihat Norman apabila dia menangis di dalam TV semalam.. Geli! Hipokrit! Sibuk sangatkah berlakon sampaikan berbulan-bulan tak dapat balik ke rumah menjenguk anak isteri? Alasan paling bodoh aku pernah dengar. Tulah, dulu masa kahwin sembunyi sana sembunyi sini. Skrg satu malaya dah tahu kisah rumah tangga yang bermasalah ni. Bila org kata artis buruk perangai, korang marah.
Tapi bukan artis sebenarnya yang buruk perangai, tapi manusia.
Ngeeeeeeeeee…. Aku ni cakap banyak kan? Sekali terkena batang hidung sendiri baru tau.
Aku pernahlah kenal dengan sesorg ni. Namanya Jusoh (mmg nama sebenar). Masa umur dia 19 tahun dah bercouple dengan seorg minah ni. So, dia selalu menempel 24hrs dengan minah ni sampaikan takde life lain. Jadi, bila umurnya bila dah meningkat ke pertengahan 20-an, barulah nak kenal dunia luar yg sebenar. Barulah nak merasa enjoy sebagai org muda lantas terjadilah peristiwa curang dan sebagainya lah kan. Culture shock gitu. So, berhempas pulas si minah tu berjuang demi mendapatkan kembali si Jusoh yang baru nak jadi kaki perempuan ni. Maklumlah, diorg dah penuh bergelumang dengan dosa. Hidup dah macam laki bini. Takutlah dia kalau kehilangan si Jusoh ni kan.. Dan si Jusoh ni? Cara dia melayan si minah ni lebih teruk daripada melayan seekor anjing. Itulah. Jantan kalau dah ada perempuan lain… Sangat buruk perangainye ye kawan2… Sangat menjadi tak sedar diri. Sebab dia tahu, macam mana buruk dia layan perempuan tu pun, perempuan itu takkan lari kemana. Dia konfidens sangat yang perempuan itu terlalu sayang dan cinta padanya!
Apa? Bi pernah tak ada perempuan lain selain aku? Hermm.. Masa kami bercinta dulu, kan kami pernah break off selama 2 tahun… (Oopppss aku dah cerita part pertama dekat mummyizzara.blogpsot ye kawan2) Kami break pun sebab kami masing2 darah muda.. Bila dak terlalu lama berjauhan, mulalah ada niat pasang lain. Aku ada pasang lain dan Bi pun sama.. (tapi Bi sampai skrg tak mengaku. Dia tetap kata dia setia.. Huhu)
Jadi, kesimpulannya.. Jika kita benar2 sayangkan seseorang tu.. Let him free.. Aku lepaskan Bi walau aku sangat sayangkan dia ketika itu.. Aku tahu, kalau ada jodoh kami pasti akan kembali bersama. Betul ye kawan2.. Kami break off 28 May 02 dan kembali berchenta pada 28 May 04. Tarikh sama pulak tu boleh?
Bila kita dah hilang seseorang tu, barulah kita mula nak menghargainya…
Dan aku dan Bi pernah merasa fasa kehilangan dan amat susah untuk kami bersama kembali kerana pada ketika itu aku sudahpun bertunang dengan org lain. Pergh! Dramaaaaaaaaaaa…. LOL
Dan aku harap Norman akan menyesal seumur hidup kerana meninggalkan Abby yang terlalu menyintainya hanya kerana seorang perempuan yang baru dikenali. Amin!!