July 22nd, 2008 by Marsha
I am back! Huhu.. Lama tak ngomel sini.. Sepanjang berpantang aku hanya sempat mengomel di fotopages aje lah babe.. Dah ada baby manalah sempat nak tgk semua blog2 segala.. Masa mostly aku habiskan dengan A’qila Izzara, iaitu puteri kesayangan aku yang manja dan comel banget ituh!
Huhu.. Sekarang ni kat ofis.. Aku tak jemu2 tengok jam tangan.. Tak jemu2 tengok gambar A’qila Izzara.. Rindu sangat.. Yang buat aku sedih dan rindu, dia tak mahu isap susu pakai botol.. Puting pun dia haram tanak.. Kalau paksa jugak alamat satu negeri hang tuah ni boleh dengar jeritan dia.. Manalah aku senang hati.. Kat rumah dia asyik merengek aje.. Dahle semalam baru pas inject dua bulan.. Sedih aku..
Nasib baik Bi dan Mama membantu menjaga A’qila Izzara kat rumah.. Maklumlah anak dan cucu pertama.. Layanan memang 1st class.. Anak dara aku tu dah spoiled gila.. Manja!!! Tidur pun nak dipeluk dibelai.. Kalau tak……
Semua sebab dia 2 kali masuk nursery.. 1st sebab muntah2.. 2nd time sebab demam.. So, aku dan family memang takut sangat kalau2 A’qila Izzara menangis atau merengek.. Takut dia sakit kembali.. So, untuk menggembirakannya, aku sering buat dia happy dan tak menangis iaitu dengan memanjakannya…
Keputusannya, dia spoiled sangat!! Tanak tidur dalam baby cotnya langsung.. Tanak minum pakai botol.. Bazir je beli baby cot mahal2.. Botol mahal2.. Puting mahal2.. Haram dia tanak semua tu.. Hati aku tak senang betul kat opis ni.. Bi kata dia merengek aje kat rumah sebab rindu tek Mummynya… Alahai sayang.. Tunggu ye, sekejap lagi Mummy pulang..
Ini sedikit gambar2 A’qila ketika masih dalam pantang..

Masa ni A’qila Izzara baru 10 hari

Masa ni pulak dah 4 minggu

Ni 5 minggu dah.. Nenek dukung..

Dia suka buat mulut macam ni.. Konon manislah tu..

Shinentong Daddy

Dua hari sebelum habis pantang dah jalan ke Putrajaya
Posted in Babies | 5 Comments »
May 16th, 2008 by Marsha

Ngehehehe… Bosan pulak kat office ni bila takde kerja.. Aku cuti semalam.. So, inilah kerja aku kat rumah bila dah duduk dalam bilik dan bila camera ada depan mata.. Huhuhu.. Aku habiskan masa bosan dengan mengambil gambar sendiri dan selebihnya menyuruh Bi mengambil gambar aku.. Gedik kan?

Haaa… Tudia.. 1st time aku publish gambar perut terdedah ni you.. Tgklah kebuncitannya terserlah dengan stretchmark bersepah2.. Dah puas sapu olive oil sejak mula2 pregnant dulu, tapi stretchmark tetap datang.. Perut aku dah tegang sangat.. Semalam baby bukan main happy bila aku duduk rumah dan spent masa gosok2 perut dan bercakap dengan dia.. Bukan main happy dia bagi tindak balas.. Rasa nak terkoyak perut aku bila dia gerak-gerakkan kaki dengan aktif sekali.. Perut aku terbonjol2 sana sini berjam2 lamanya.. Tak penat agaknye anak aku ni.. Aku panik jugak, bila perut terbonjol, rasa nak terkoyak wooooo.. Adoi.. SIap dia.. Dia keluar nanti aku geget2 kaki dia…

Ni pulak malam tadi.. Actually ni kat rumah Bi.. Kat rumah Bi aku memang gantungkan gambar kucing kesayangan aku ni.. Kalau rindu, inilah pengubatnya.. Mama call semalam cerita pasal kucing aku ni.. Dia kata, Baby (kucing aku nilah) tidur dalam baby cot anak aku kat dalam bilik.. Aduusshhh… Dia ni memang pantang nampak benda baru.. Mesti nak try test tidur.. So, mama keluarkanlah dia kan.. Takut nanti habis berbulu2 baby coat anak aku.. Dahle dah siap pasang bedding set dan kelambu semua.. Tapi korang tahu apa Baby buat? Dia mengamuk satu rumah sebab Mama kacau dia tidur.. Habis Mama dan adik aku dia gigit2 dengan penuh perasaan.. Dia ni kalau gigit marah tu lain wooo…. Silap2 berdarah kaki.. Maklumlah, gigi dia penuh gitu.. Tak macam Dezzel kucing Bi… RONGAK!!! Huhuhu.. Terus Baby keluar rumah tak balik2.. Merajuk agaknye.. Huhu..

Dan lepas tu, aku teruskan aktiviti bergambar.. Aku pakai topi koboi Bi.. Tapi pistol takde.. So pedang pun jadilah.. Pedang ni Bi beli kat China aku rasa.. Poyo tak bergambar macam ni.. Ngeeeeeee… Actually pedang ni Bi beli satu set.. Ada yang pendek, ada yang panjang.. Biasalah suami aku ni.. Dia kalau sign on tanker, kalau singgah mana2 tempat, macam2 benda pelik dia beli termasukle pedang ni.. Aku pun tak tahu dia nak buat apa dengan pedang ni.. Katanya, nak gantung kat dinding bila dah ada rumah sendiri nanti.. Tapi aku kata jangan harap! Dia ingat rumah zaman dulu kala agaknye nak gantung keris segala.. Nanti kalau bergaduh ke bersilat, capai je pedang yang gantung kat dinding untuk buat senjata.. Tak gitu? Hahaha..

Ada macam koboi tak? Hahahahaha.. Aku pun tatau kenapa aku pakai topi ni malam tadi.. Saje je buang tebiat.. Aku harap sangat sehari dua ni dah dapat upload gambar baby aku kat sini… Bilalah agaknye baby nak keluar ni?? Tak sabar sangat dah ni… Kang Mummy push kang…… Haaaa.. Cepatlah keluar baby sayang ooooiii.. Baby cot dah sedia dah.. Stroller pun dah siap dah nak bawak baby jalan2.. Nanti Baby kucing naik kang baru Baby tau… Huhuhuhu..
Posted in Babble2 aja | 14 Comments »
May 12th, 2008 by Marsha
Aku belum deliver lagi… Ngehehe.. Ya, aku dah masuk 39 weeks 2 days dah hari ni.. Due InsyaAllah pada 18 May ni iaitu Ahad ni.. Kalau cepat, maybe minggu ni aku bersalinlah.. Kalau lambat, tunggu ajelah..
Sakit? Entah.. Tak rasa apa-apa pun.. Cuma dah betul2 rasa tak selesa sebab perut rasa berat sangat dan dah tak berapa kuat nak bergerak.. Aku sudah sangat tidak produktif.. Huhu..


Tetapi!!! Aku takdelah duduk rumah aje kan?? Hidup perlu diteruskan.. Hohoho… Last weekend aku ke KL lagi.. Huh?? Larat lagi ye? Sebenarnya memang kalau ikutkan hati malas nak pergi.. Tapi kalau duduk rumah baring aje lagik badan aku sakit.. Last Saturday cousin aku bertunang kat Bangi.. Dan Bi pulak kebetulan ada training tenis kat Tasik Titiwangsa.. Oleh kerana nak tgk konsert AF, kami tidur aje kat KL malam tu.. Then Sunday pulak aku melawat kawan baik aku yang patah kakinya di Cheras Pantai Medical Centre..

So, ini gambar2 kami sepanjang kat sana.. Angela belum mandi.. Buweeekkk! Aku rasa ini 1st time kot aku melawat kawan baik aku kat hospital.. Excited pun ada sebab lama tak gi visit org sakit.. So, rasa seronok pulak.. Ngihihihi..

Kaki Angela yang baru surgery last Wednesday dah nampak ok.. Lebam pun dah kurang.. Sebelum mandi dia terpaksa balut kaki dia dengan plastik macam ni supaya tak basah.. Ngehehehe.. Actually dia discharge hari ni dan akan pulang ke Melaka terus untuk berehat.. MC 2 bulan.. Haruslah.. Tapi rasa kelakar le pulak.. Sepatutnya, Angela lah yang patut melawat aku di hospital bila aku bersalin dalam masa terdekat ni.. Tak sangka aku pulak yang kena melawat dia dulu.. Huhuhu.. Sadis betul..
Herm? Kenapa kaki Angela boleh patah?? Huhuhu.. Tanya dia sendirilah.. :D

Ini pulak aku tengah minum air milo sementara tunggu Angela selesai mandi.. Huhuhuhu.. Seronok jugak sekali sekala melawat kawan kat hospital kan? Aku pulak yang over excited!
Eeeeeiii…. Tak sabar nak masuk hospital nak deliver baby.. Baby cot dah hias cantik dah.. Tunggu baby lahir je ni.. Tapi tak tahulah bila anak dara aku ni nak lihat dunia.. Tak ada rasa tanda2 nak bersalin pon.. Tunggu ajelaaaahhh… 
Posted in Babble2 aja | 11 Comments »